Mula memasuki pasaran telefon pintar dalam menawarkan model dengan spesifikasi hebat beserta harga yang berbaloi, vivo nampaknya semakin matang dalam menawarkan model yang lebih hebat buat para pengguna.

Menerusi model vivo X60 Pro, model ini bukan sahaja ditawarkan buat mereka yang mahukan spesifikasi terbaik, malah turut memfokuskan kepada kualiti kamera. Dalam usaha untuk menawarkan kualiti kamera terbaik, vivo diliha turut bekerjasama dengan syarikat lensa popular iaitu ZEISS.

Untuk pengetahuan, model ini menjanjikan tiga aspek buat para pengguna menerusi penawaran efek ZEISS Biotar Potrait Style, Gimbal Stabilization 2.0 dan Extreme Night Vision 2.0.

Kerjasama dua syarikat yang berjaya direalisasikan pada model vivo X60 Pro sekaligus berjaya membuatkan model menjadi bualan dan pilihan ramai. Bagi mengetahui lebih lanjut, kami memilih untuk menguji vivo X60 Pro dari segi kualiti kamera untuk melihat sejauh manakah kehebatan model ini.

IMG_20210423_105656
Potrait mode
IMG_20210422_003003
vivo SuperMoon
IMG_20210422_220625
Night mode
IMG_20210422_220835
Night mode
IMG_20210418_112758
Kamera hadapan

Berdasarkan percubaan, vivo X60 Pro dilihat sangat cemerlang untuk penggunaan bagi tujaun potrait mode. Gambar yang diambil dilihat sangat detail dan menyerlah. Efek Biostar yang ditawarkan semestinya sebuah tambahan buat para pengguna.

Mengulas mengenai gambar yang diambil pada waktu malam menerusi fungsi Extreme Night Vision 2.0, dapat dilihat model ini masih mampu menangkap cahaya yang banyak pada gambar malap sekaligus membuatkan imej yang diambil terlihat terang.

Efek SuperMoon yang tersedia sememangnya sangat menarik membuatkan gambar bulan pada jarak jauh lebih jelas. Dalam pada itu, dapat dilihat masih terdapat sedikit noise pada sesetengah gambar khususnya yang diambil pada waktu malam namun tidak begitu ketara.

Walau bagaimanapun, vivo X60 Pro masih lagi peranti yang hebat baik untuk kegunaan harian mahupun kamera yang ditawarkan. Kami tidak mengalami sebarang masalah sepanjang menguji model terbaru vivo ini. Model ini kini sedia ditawarkan dengan harga RM3,299 dan boleh dapatkannya dengan klik di sini.

Ketahui lebih lanjut bagaimana sebuah telefon pintar iaitu vivo X60 Pro berjaya menghasilkan sebuah filem pendek. 

https://www.thevocket.com/berjaya-hasilkan-filem-the-incident-guna-x60-pro-vivo-lancar-kempen-visual-creator/

https://www.thevocket.com/selepas-zeiss-dan-leica-hasselblad-bakal-kerjasama-bersama-syarikat-telefon-pintar/